Sebagai salah satu program PDUUKM yang bersifat akademik ini, pengurus akan mengusahakan kegiatan diskusi ini akan berkelanjutan setiap bulannya, dengan berbagai nara sumber dan juga topik yang berbeda setiap bulannya.
Tertanda,
Pengurus PDUUKM
Ordinan Pelajaran diluluskan oleh Parlimen apabila negara ini memperoleh kemerdekaannya pada tahun 1957. Objektif utama dasar pendidikan baru ialah untuk mewujudkan satu sistem pendidikan nasional ke arah menggunakan Bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Faktor utama ialah bahasa kebangsaan akan menjadi alat bagi mengukuhkan perpaduan nasional.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasminya pada 18 Mei 1970. UKM ialah universiti ketiga yang ditubuhkan di Malaysia, tetapi yang pertama menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
UKM hari ini diiktiraf sebagai salah satu daripada empat universiti penyelidikan di Malaysia. UKM telah menubuhkan beberapa institut penyelidikan untuk merangsangkan penyelidikan dalam bidang-bidang baru. Pada 28 April 2005, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Institut Genome Malaysia di UKM. Penempatan institut bertaraf kebangsaan di UKM menandakan pengiktirafan negara terhadap kekuatan penyelidikan universiti ini dalam bidang genom dan biologi molekular.
Walaupun bahasa kebangsaan digunakan sebagai bahasa pengantar utama di UKM, universiti ini telah memperkenalkan strategi bagi menggalakkan pelajar untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris termasuk juga bahasa asing utama lain seperti Perancis, Jerman, Arab, Mandarin, Jepun, Korea, Sepanyol, Thai dan bahasa-bahasa lain. Bermula pada tahun 2003, semua kursus sains dan matematik diajar dalam Bahsa Inggeris selaras dengan dasar baru kerajaan Malaysia.
Dalam era globalisasi, misi UKM berhasrat untuk mempromosikan identiti nasional melampaui sempadan negara. UKM yang lahir daripada perjuangan dan aspirasi nasional, mengambil pendekatan yang bersifat antarabangsa tanpa mengabaikan nilai dan budayanya. UKM sungguh berbangga tersenarai pada tahun 2006 sebagai 200 Universiti Utama Dunia (Times Higher Education Supplement). Tema baru bagi imej baru UKM ialah "Universiti Kebangsaan di Persada Antarabangsa". (www.ukm.my)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar